MEMAKAN SIREH DI AMPAIAN, JANGAN MENGORAT ANAK DARA ORANG

KEPADA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN, SETIAP YANG TERCORET ADALAH KISAH DAN PERJALANAN HIDUPKU DAN BUKAN JALAN HIDUP MU, MAKA TIADA KAITAN ANTARA YANG TAK KENAL AKU, TAPI NAK BACA JUGAK KENA LA MEMILIKI KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SERTA NILAI MURNI TINGKATAN 2 DAN NILAI SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2. TAK LUPA JUGA PASS UJIAN KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 4 DGN KEPUJIAN SERATUS PERATUS PADA TOPIK PENGENALAN PERNIAGAAN....

Sunday, June 26, 2011

KAPTEN SARAWAK


Kisah yang di adaptasi dari sebuah kisah sebenar, menceritakan tentang seorang Kapten kapal tunda yang berusaha menyelamatkan sepisis ikan terubok masin (nama saintifik EMNDULANGOBLOGATA) yang kian pupus di negeri Sarawak disebabkan oleh kedatangan makhluk asing dari planet KABUPATEN yang sedaya upaya untuk menguasai bekalan ikan Terubok Masin di seluruh bimasakti. Pihak Kuasa-kuasa besar dunia mulanya berusaha dengan meminta pertolongan Power Rangers dan ketua Parti berikat Soviet iaitu Ultramen Nebius bagi menghalang niat buruk dan kerakusan makhluk asing yang berkuasa jahat untuk menguasai bekalan ikan terubok masin. Bagaimanapun bantuan yang di iginkan mendatangkan masalah besar. Kematian Ultramen Nebius memberi impak yang maksima kepada rakyat manusia setelah di racuni oleh duri2-duri cinta ikan buntal dan sembilang 60 Kg. ia membuatkan Power Rangers terpaksa berundur dan segera melaporkan kejadian pertempuran mereka yang membawa kematian kepada Ultramen Nebius. Seluruh dunia dan sejagan ibarat tiada harapan untuk makan ikan terubok setelah wira-wira seluruh bimasakti tidak mampu untuk menangani makhluk asing tersebut.Dengan tak semena-mena Negara Malaysia dengan gaya 1 Malaysia membantu dengan menghantar barisan pahlawan yang diketuai oleh Kapten Sarawak dengan 5 orang side kick nya iaitu terdiri daripada Hang Tuah, Mat Bon, Puteri Gunung Ledang, Pekan, dan Keluang Man. Dengan berbekalkan kek lapis Dayang Salhah serta harapan dari seluruh bimasakti, mereka memberi tentangan hebat kepada makhluk asing tersebut. Saksikan pertembungan yang terulung di bimasakti dengan penuh konflik rumahtangga serta menyentuh emosi setiap penonton yang malihatnya. Dengan berkat doa serta keazaman Kapten Sarawak dan 5 krew nya adakah mereka berjaya dan mampukan makhluk asing menakluki Ikan Terubok Masin? Avenge Of  The Terubok Clan.