MEMAKAN SIREH DI AMPAIAN, JANGAN MENGORAT ANAK DARA ORANG

KEPADA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN, SETIAP YANG TERCORET ADALAH KISAH DAN PERJALANAN HIDUPKU DAN BUKAN JALAN HIDUP MU, MAKA TIADA KAITAN ANTARA YANG TAK KENAL AKU, TAPI NAK BACA JUGAK KENA LA MEMILIKI KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SERTA NILAI MURNI TINGKATAN 2 DAN NILAI SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2. TAK LUPA JUGA PASS UJIAN KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 4 DGN KEPUJIAN SERATUS PERATUS PADA TOPIK PENGENALAN PERNIAGAAN....

Tuesday, December 28, 2010

ASSALAMUALAIKUM...

Bila kita berfikir mengenai masalah, pastinya kita sedaya upaya untuk menyelesaikannya, ada juga yang menyalahkan keadaan dan ada juga alah dengan masalah yang menyebab tekanan yang sungguh pedih serta meninggalkan kesan yang perit dalam kehidupan. Aku juga tidak terkecuali dari ditimpa masalah...mungkin aku jenis yang memendam. Sekuat mana pun manusia tetap ada kekurangannya. Bumi dan alam semesta banyak menyimpan rahsia tak kurang juga mengalah kepada manusia sedangkan manusia tidak pernah mahu mengalah. Bukan itu sahaja, manusia juga tidak mahu mengalah dengan manusia sendiri. Seperti aku juga, selalu ingin  difahami oleh orang lain sedangkan aku tidak mahu memahami diri aku sendiri.Bahasanya agak sukar difahamkan sebab kita kurang memahami diri kita sendiri. Berkaitan dengan alam kehidupan, bumi kita sendiri. Melihat betapa tenangnya flora dan fauna, memberi ketenangan kepada manusia masih ada juga manusia menghancurkannya.
Bila di lihat ketenangan adalah dalam diri sendiri...sebab itu kita manusia perlu memahami diri sendiri. Aku pun kadang-kadang lupa dan kadang-kadang ingat. Tapi biasanya kita mudah lupa, duit adalah bahasa kuasa terbesar yang kita faham, duit penyebab kemusnahan...tapi sebenarnya tanpa duitlah kita kecundang. Sebab kita sukar untuk mengawal kuasa ciptaan kita sendiri. Maka kita di makan oleh kita sendiri. Bukan untuk menjadi pandai berbicara tentang kesilapan manusia, cuma aku berkata untuk diri sendiri dan di kongsi bersama....

WASSALAM......

Tuesday, December 21, 2010

PERINGATAN UNTUK DIRIKU SENDIRI

ASSALAMUALAIKUM.....
Bila aku menulis berkaitan kehidupan, banyak yang kita tinggalkan... sepanjang kehidupan kita memikirkan apa yang telah kita lakukan. Tetapi kita lupa akan suatu perkara, (TUHAN). Aku menulis ini tanpa mengira bangsa agama dan keturunan...ini adalah peringatan bukan hnya untuk semua tetapi khasnya untuk diri sendiri. Bangun pagi kita sudah menghirup udara segar sedangkan pada zaman sekarang ia sudah tercemar. Kita menunding jari pada makhluk yang sama seduduk kita di bumi ini....walau buruk baik makhluk (manusia) ini, Kita tetap juga pada asal yang sama. Hitam atau putih kita tetap sama, mati kita pun tetap sama. Sedangkan kita tidak boleh disamakan dengan tumbuh-tumbuhan,bukit bukau,awan,tanah,angin,api,udara dan bermacam2 lagi yang kitarasa kita tahu semuanya. Timbul persoalan dalam diri aku sendiri, mati sudah tentu...tapi adakah aku bersedia? Sedangkan aku sudah tahu jawapannya. Usah bertanya pada bijak pandai, malah tanya lah diri sendiri. Bila datangnya hari tersebut (QIAMAT) bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Adakah Teknologi Sains mampu menafikan segala kebenaran yang boleh di kaji tetapi tidak dapat dikuasai... Pada saudara seagama, aku bukan para alim, juga aku membuat dosa tetapi bila ini berkaitan rasa yang datang dari hati. Adakah aku berbohong atau hati hati aku berbohong, dan juga adakah hatimu sama seperti yang hati aku fikirkan. Dengarlah setiap degupan jantung dan nadi. Ia seperti detikan jam dinding, "masa itu emas...." kita berkata. Sedangkan sebenarnya masa itu adalah nyawa kita sendiri.

WASSALAM...

Thursday, December 16, 2010

SAKU PENUH SENI

ASSALAMUALAIKUM.........


            Sebagai pembuka kata, malam ini agak keletihan ibarat megejar sapi di hari Raya Korban, pameran Zulkha photography akan bermula esok 17/12/10. Segala persiapan agak terancang walaupun berbagai-bagai tusukkan dugaan datang. Inilah sebagai platform untu aku dan krew2 lain menaikkan nama dan bergiat secara serius dalam aeni fotografi... memang ramai photografer yang tumbuh macam cendawan selepas hujan, jika dari sudut negatif tak elok la kita memandang isu ini sebagai trend...biar mereka sendiri memahami seni mereka sendiri...aku pun bermula dari saat2 cendawan tumbuh itu. Dari sudut positifnya aku rasa seronok dapat sama2 bekarya dalam suasana yang senang tanpa ada rasa dengki pada diri masing2.


Bermula denga kamera DSLR Nikon d60 yang aku beli third hand dan kemudian beralih ke Sony A230. Oleh kerana keinginan yang rakus aku kembali dgn Brand Nikon D5000 kerana ia lebih mudah untuk aku kendalikan.



Dengan bantuan dari founder Zulkha, ia lebih mudah untuk aku mengasah seniku.










Setakan ini sahaja, mata ku tidak mengizinkan aku untuk terus mengauta.

Assalamualaiku.....

NUR HASIAH BTE BUSMAN

Sedikit pengenalan tentang hala tujuku dimana aku mengenali gadis ini (Nur Hasiah Bte Busman) dan mengikat tali pertunangan ala-ala fast and the furious pada bulan 10/2010 maka hidupku berlandaskan tanggungjawab yang akan aku hadapi pada hari2 mendatang.

Cincin emas inilah tanda pertunangan aku dan Nur Hasiah (daydek)




Sebagai kenangan upacara memotong kek sumbangan staff petang SMK ST THOMAS. Dinner 2010 di Riverside



 
Buah hatiku yang paling comel dan Manja. Terima kasih Nur Hasiah

Wednesday, December 15, 2010

KAPIT MARI

ASSALAMUALAIKUM...

         Dari meja usang Herry, dah hampir seminggu aku d kapit esok mula la program sejiwa senada di pekan Kapit.. moment yang membawa kakiku ke dunia baru melihat Kapit di mata sendiri, biasa dgr dalam radio jak. So far takla berapa nak ketinggalan  dari pembangunan kota, biasalah kan daerah kecil di Sarawak. Sepanjang aku di Kapit memang tampak berbeza, maksud ku dari sudut masa, di kota keadaan terlalu tertekan dan semua nak kan pantas RUSH HOUR, tapi di Kapit aku rasa semua nya penuh dgn SLOW MOTION. Kerata pun slow, masa di tangan pun slow. Banyak masa aku dgn makan dan minum...mau tak duit poket nak habis. Bercerita pasal kawan di Kapit, semuanya ramah n mesra seperti Harry, Lockon, Austin, Bg Jep dan semua la yang aku jumpa penuh dengan senyum gembira. Setakan ini dahulu...lain kali aku cerita lagi....

WASSALAM

ASSALAMUALAIKUM

Pembuka bicara, waktu pagi begini sudah mula menampakkan sinar keberkatan dari Ilahi, tapi masih juga aku berteka teki. Hari ini Job pertama aku berani confirm kan dimana perkahwinan June pada 9 haribulan januari 2011...Biasanya aku ambik job konvokesyen sebab bab perkahwinan punya job aku biasa ikut dan tengok jer..kurang dari segi teknikal. Tapi takpe, dengan apa yang aku ada harap ada keberkatan maka ia akan berjalan lancar selagi pengantin tidak rasa bosan. Sebelum aku ngereco panjang... kenalkan diri aku sendiri Abdul Hadi Bin Abdul Hamid tarikh lahir pada 31 Ogos 1983. Gambar di atas adalah sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam kehidupan aku...aku berbaju biru.... atau panggilan lain Djack


Aku biasanya bekerja di sebalik tabir...yang dok pegang payung tu aku la, kekadang aku shoot la sendiri gambar kalau da free n tgan tak bnyak pegang tool... best jugak d belakang tabir, sedikit sebanyak aku belajar dari segi teknikal....... Itu sahaja yang aku boleh kongsikan... tengah mengatur perancangan untuk pameran Zulkhaphotography....Assalamualaikum