MEMAKAN SIREH DI AMPAIAN, JANGAN MENGORAT ANAK DARA ORANG

KEPADA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN, SETIAP YANG TERCORET ADALAH KISAH DAN PERJALANAN HIDUPKU DAN BUKAN JALAN HIDUP MU, MAKA TIADA KAITAN ANTARA YANG TAK KENAL AKU, TAPI NAK BACA JUGAK KENA LA MEMILIKI KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SERTA NILAI MURNI TINGKATAN 2 DAN NILAI SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2. TAK LUPA JUGA PASS UJIAN KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 4 DGN KEPUJIAN SERATUS PERATUS PADA TOPIK PENGENALAN PERNIAGAAN....

Tuesday, December 28, 2010

ASSALAMUALAIKUM...

Bila kita berfikir mengenai masalah, pastinya kita sedaya upaya untuk menyelesaikannya, ada juga yang menyalahkan keadaan dan ada juga alah dengan masalah yang menyebab tekanan yang sungguh pedih serta meninggalkan kesan yang perit dalam kehidupan. Aku juga tidak terkecuali dari ditimpa masalah...mungkin aku jenis yang memendam. Sekuat mana pun manusia tetap ada kekurangannya. Bumi dan alam semesta banyak menyimpan rahsia tak kurang juga mengalah kepada manusia sedangkan manusia tidak pernah mahu mengalah. Bukan itu sahaja, manusia juga tidak mahu mengalah dengan manusia sendiri. Seperti aku juga, selalu ingin  difahami oleh orang lain sedangkan aku tidak mahu memahami diri aku sendiri.Bahasanya agak sukar difahamkan sebab kita kurang memahami diri kita sendiri. Berkaitan dengan alam kehidupan, bumi kita sendiri. Melihat betapa tenangnya flora dan fauna, memberi ketenangan kepada manusia masih ada juga manusia menghancurkannya.
Bila di lihat ketenangan adalah dalam diri sendiri...sebab itu kita manusia perlu memahami diri sendiri. Aku pun kadang-kadang lupa dan kadang-kadang ingat. Tapi biasanya kita mudah lupa, duit adalah bahasa kuasa terbesar yang kita faham, duit penyebab kemusnahan...tapi sebenarnya tanpa duitlah kita kecundang. Sebab kita sukar untuk mengawal kuasa ciptaan kita sendiri. Maka kita di makan oleh kita sendiri. Bukan untuk menjadi pandai berbicara tentang kesilapan manusia, cuma aku berkata untuk diri sendiri dan di kongsi bersama....

WASSALAM......

No comments:

Post a Comment