MEMAKAN SIREH DI AMPAIAN, JANGAN MENGORAT ANAK DARA ORANG

KEPADA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN, SETIAP YANG TERCORET ADALAH KISAH DAN PERJALANAN HIDUPKU DAN BUKAN JALAN HIDUP MU, MAKA TIADA KAITAN ANTARA YANG TAK KENAL AKU, TAPI NAK BACA JUGAK KENA LA MEMILIKI KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SERTA NILAI MURNI TINGKATAN 2 DAN NILAI SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2. TAK LUPA JUGA PASS UJIAN KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 4 DGN KEPUJIAN SERATUS PERATUS PADA TOPIK PENGENALAN PERNIAGAAN....

Sunday, June 26, 2011

KAPTEN SARAWAK


Kisah yang di adaptasi dari sebuah kisah sebenar, menceritakan tentang seorang Kapten kapal tunda yang berusaha menyelamatkan sepisis ikan terubok masin (nama saintifik EMNDULANGOBLOGATA) yang kian pupus di negeri Sarawak disebabkan oleh kedatangan makhluk asing dari planet KABUPATEN yang sedaya upaya untuk menguasai bekalan ikan Terubok Masin di seluruh bimasakti. Pihak Kuasa-kuasa besar dunia mulanya berusaha dengan meminta pertolongan Power Rangers dan ketua Parti berikat Soviet iaitu Ultramen Nebius bagi menghalang niat buruk dan kerakusan makhluk asing yang berkuasa jahat untuk menguasai bekalan ikan terubok masin. Bagaimanapun bantuan yang di iginkan mendatangkan masalah besar. Kematian Ultramen Nebius memberi impak yang maksima kepada rakyat manusia setelah di racuni oleh duri2-duri cinta ikan buntal dan sembilang 60 Kg. ia membuatkan Power Rangers terpaksa berundur dan segera melaporkan kejadian pertempuran mereka yang membawa kematian kepada Ultramen Nebius. Seluruh dunia dan sejagan ibarat tiada harapan untuk makan ikan terubok setelah wira-wira seluruh bimasakti tidak mampu untuk menangani makhluk asing tersebut.Dengan tak semena-mena Negara Malaysia dengan gaya 1 Malaysia membantu dengan menghantar barisan pahlawan yang diketuai oleh Kapten Sarawak dengan 5 orang side kick nya iaitu terdiri daripada Hang Tuah, Mat Bon, Puteri Gunung Ledang, Pekan, dan Keluang Man. Dengan berbekalkan kek lapis Dayang Salhah serta harapan dari seluruh bimasakti, mereka memberi tentangan hebat kepada makhluk asing tersebut. Saksikan pertembungan yang terulung di bimasakti dengan penuh konflik rumahtangga serta menyentuh emosi setiap penonton yang malihatnya. Dengan berkat doa serta keazaman Kapten Sarawak dan 5 krew nya adakah mereka berjaya dan mampukan makhluk asing menakluki Ikan Terubok Masin? Avenge Of  The Terubok Clan.

Wednesday, February 2, 2011

SAVING PRIVATE JAMES

Ini adalah promo sedikit tentang sebuah filem SAVING PRIVATE JAMES






Di era perang Dunia Ke 2, ketika jepun mengatur strategi untuk membina Playstation berlakunya pergolakkan di timur barat daya KAPIT. Berlakunya pertumpahan minyak masak yang menyebabkan perbalahan antara kaum Saiyan dan kaum Gogom. Bermulanya perbalahan ini mengheret untuk kedua2 belah pihak untuk memajukan senjata pemusnah seperti lembing Awang pulang ke Dayang. Ketika itu kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik debgan mengawal harga barang terkawal di setiap kawasan. Maka Kerajaan Malaysia menghantar James Lockon (Tom James) iaitu tentera berpangkat Sarjana Muda dalam bidang tarian Keroncong...Tugas beliau adalah untuk memastikan tiada lagi pertumpahan minyak masak yang akan merugikan Kerajaan dan juga mengawal harga barang terkawal sempena Tahun Baru Cina.
Dalam misi tersebut Klonel Tom James membawa azimat beliau berupa seluar dalam yang di hadiahkan oleh kawan seperjuangannya ( Bruce Rizz- Pelakon Jemputan) semasa menyertai pertandingan menembak burung pipit di Seremban. Tetapi Mlang tidak berbau semasa Klonel Tom James menyertai konvoi tentera untuk menghantar bekalan belacan, mereka di serang oleh puak bertelagah. Mereka tersilam dengan memasuki kubu musuh dengan Klonel James bersikap konfident bahawa beliau memakai azimat beliau. Tetapi sayang seribu kali sayang, azimat beliau tidak digunakan kerana beliau lupa azimat spender beliau basah semasa melalui anak sungai dan sekarang masih tersidai d kubu mereka sendiri. Kesemua konvoi tentera Klonel Tom James mati kecuali Klonel Tom James sahaja yang bersembunyi di dalam kubu musuh berdekatan kedai makan (di dalam kubu la kan). Dengan berbekal kan telefon bimbit beliau menelefon Kerajaan Malaysia untuk meminta bantuan. DI SITULAH bermula sebuah filem epik yang penuh dengan gelak ketawa dan kesedihan. Kerajaan Malaysia menghantar THE VERY ABLE TROOPERs yang di ketuai oleh Sarjan Zul (pakar strategi peperangan Dunia), Sarjan Herry ( pakar jejak dan jalan raya), dan Prebet Django (tiada kepakaran tentera berani mati). Maka Menteri pertahanan Kapit ketika itu (Mas Joko) mengistiharkan peperangan ini adalah peperangan antara buku lima dan ruas padi......AKAN BERADA DI PAWAGAM JIKA DIPERLUKAN...