MEMAKAN SIREH DI AMPAIAN, JANGAN MENGORAT ANAK DARA ORANG

KEPADA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN, SETIAP YANG TERCORET ADALAH KISAH DAN PERJALANAN HIDUPKU DAN BUKAN JALAN HIDUP MU, MAKA TIADA KAITAN ANTARA YANG TAK KENAL AKU, TAPI NAK BACA JUGAK KENA LA MEMILIKI KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SERTA NILAI MURNI TINGKATAN 2 DAN NILAI SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2. TAK LUPA JUGA PASS UJIAN KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 4 DGN KEPUJIAN SERATUS PERATUS PADA TOPIK PENGENALAN PERNIAGAAN....

Saturday, January 29, 2011

ALHAMDULILLAH....

   Sebelum aku nak story panjang lebar, aku nak cerita sikit pasal tadi aku main snooker. Punya la aku rasa handal dgn EX-5 aku mencilok di bahu jalan dengan berangan-angan menag 2 frame jadi la kan. Tapi balik-balik aku kena balu 2 frame. Apa lagi member dgn poyo nya siap wall kat FACEBOOK aku macam ni....

"guruh d langit cuma berbunyi...tapi tak menampakkan hujan...laksamana d agung2kan tersungkur juga...keris taming sari tidaklah sekebal yang d sangka...semua itu dusta belaka...hari ini dalam sejarah...dendam kesumatku terbalas juga...huahuahuahuahuahuahua"

    Aku buat-buat la biasa jer...aku pun jawab la balik...

"jangan menyalak gunung mengharap runtuh...baru ku lempar sedikit tanah bukan bermaksud berakhir sudah.... ku tabur umpan di makan habuan kelak terjerut di jala nelayan...belum ku bawa si taming sari, ini kan pula menghunus keris ...menyalak la wahai si jalak, aku tersenyum tanda berani"

    Berbalik pada agenda hari ini dan sebelumnya, Alhamdulillah dengan limpah kurnia Nya aku telah lepas dari masalah besar yang aku rahsiakan la dari pembaca. Takpa, masalah dah selesai tu kira dah berlalu la kan.Tapi masih ada dugaan seperti set kertas Ujian Bulanan 1, training rumah sukan plak, buku rekod ngajar, minit mesyuarat, gerko bolasepak, kursus kejurulatihan bolasepak kot boleh la aku coaching  team Malaysia nanti dan perhhhhhh.... banyak jugak la. Susah jadi Guru nih, aku kena sumpahan cikgu aku la ni. Cita-cita aku nak jadi pelukis jalanan kedua nak jadi Cikgu. Hahahha..... tu yang belum nak dilaksanakan. Ni ha baru lepas dilaksanakan......


Perkahwinan kakak aku tahun 2010, gambar ni bukan aku yang ambik, Azizan Albab yang ambik, masa tu aku jadi Pemangku kerja la jawabnya. Sebelum aku nak kawen nanti sekurang-kurangnya ada jugak pengalaman bekerja. Payah jugak nak handle majlis. Tapi RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA JIRAN-JIRAN KAMPUNG DAN BELIA-BELIA KAMPUNG YANG BANYAK MEMBANTU.. Malam lepas tu buat la sikit BBQ ngan bebudak kampung sebagai penghargaan kerja keras diaorang.


    Ini pulak perkahwinan FOUNDER Zulkha Photography Faizul B Khalid namanya, dengan isteri beliau Akhma. Memang banyak yang boleh aku belajar selain dari Ilmu Pedagogi masa aku kat Maktab dulu. Masa shoot wedding ni la aku banyak mempraktikkan jurus-jurus pembunuh aku time ambik angle shoot yang menarik hati ku sendiri, hehheheh... syok sendiri aku sekarang. Teknik memanjat pokok dengan DSLR aku dan pose-pose yang maha pelik. Maka tinggal lah daku sahaja yang belom bebini (SABAR YE NUR HASIAH BTE BUSMAN) nanti turn kita la pulak. Mamat ni bukan Mamat kumpulan Exist, tetapi mamat ni la yang banyak meberi sokongan moral dan sokongan sivik kepada aku dan rakan-rakan seopis (ZULKHA PHOTOGRAPHY) bagaimana meningkatkan keyakinan diri semasa menjalankan kerja photography wedding. Heheheeh elok jer aku tengok bagai pinang di belah dua pasangan nih.




     Ini plak selang sehari lepas khawin Founder Zulkha Photography. Tak jauh selang sebuah rumah jer, tapi masa shoot ni aku memimpin kira macam sargent la. Di bantu oleh pakar bom kami Marizan dan pakar jadi stand flash iaitu Masri. Kami memang tidak membenarkan Faizul aka Founder keluar rumahnya untuk mersam kami kerana ada musuh dalam selimut. HEHEHEHEHEH.... Pernikahan Jun dan Ros ini mengambil masa sehari dan hasilnya amat mengejutkan dengan shoot-shoot yang pelbagai genre. Masri dengan gaya Ultramen Taro, Marizan dengan gaya Ultramen seven dan aku dengan gaya kamen rider black.. Semoga bahagia ke anak cucu yer Jun dan Ros.




    Perkahwinan Prof. Nik Adzrieman dan pasangan Dr. Nordiana yang penuh gilang gemilang dan terbilang berlansung di Dewan Suarah Kuching dgn kapasiti cahaya di dewan yang kurang membantu. Bagaimana pun JOB ini di laksanakan dengan penuh kasih sayang kami kepada pengantin dan para-para hadirin yang hadir pada majlis itu. Dengan PRANK yang aku buat kat Masri sampai si Masri tak senang tido di buatnya. Memang penuh dengan senyum tawa kami menjalankan tugas. Tak lupa juga pada VIDEOGRAPHER kami yang banyak membakar lemak di dalam dewan. Moga pasangan penganting mendapat zuriat yang sihat dan cerdik seperti ibu dan ayahnya. 


    Jadi itulah sedikit sebanyak yang berlaku sebelum aku kalah main snooker tadi. Gambar ni plak masa aku outing kat depan rumah jer dengan Masri dan adik aku sebagai stand flash. Jadi apa yang baik dan telah berlaku tak salah di coretkan sebagai kenangan, tapi yang pahit simpan di dalam hati sebagai sempadan diri sendiri. Setakan ini dahulu, dah lewat dah, banyak benda nak di buat esok. Assalamualaikum dan Wassalam.



Sunday, January 16, 2011

Assalamualaikum..

Kepada manusia yang sering mengambil kesempatan...
   

     Bila di sebut manusia bunyi nya seakan sama, padahal manusia berpagai rupa dan hatinya juga berbagai-bagai rasa. Sebelum aku menulis lebih jauh ingin aku menerangkan sedikit tentang situasi yang mungkin kita hadapi.... kawan yang meminta pertolongan merayu dgn mata, isyarat badan dan sayup di minta di kasihankan....adakah anda membantu atau membiarkan atau kita sama saja dalam masalah.... jika kita memilih membantu mesti kita membantu dengan seikhlas hati. Tetapi bila kita menagih walau dengan merayu sekal pun...kawan itu hilang entah kemana..Tinggal la kita sendiri menjadi seseorang yang dalah kesusahan dan dipersalahkan.
     Masa menentukan semuanya, oleh kerna leting di perlakukan seperti ini...jadi tak salah kita menggunakan Undang-undang untuk memberi pengajaran kepada si ALI BABA...


     Aku melalui keadaan ini, aku dalam kegelisahan merayu seperti aku yang bersalah. Maka ku utuskan kepada sesiapa yang mengambil kesempatan. "mungkin kau lepas di dunia ini, tetapi Ya ALLAH...kau berilah pengajaran kepada mereka yang menghancurkan kepercayaan sesama umat sendiri, hanya Engkau la yang Maha Berkuasa".....

Ingat, kita ini kecil di mata Allah......